Wednesday, January 14, 2009

Bunga2 cinta....

Seingat aku la, xsampai sbln kami kenal (2 3 minggu gak la) terus dia propose aku jd SGF dia...aku tanpa pk pjg just say YES....Yahoooooo akhirnya aku ada juga SBF stlh ramai dah org yg di kenenkan dgn aku. Anak kawan2 mak ngah, anak kawan mama & classmate, semua xmenjadi. Bkn jodoh la tu kan...yg pasti hati ni berbunga2 riang...muka mmg seri n ceria je...hepi beb 1st time couple n really hope this de 1st n last means hapi ending la...
Seblm ni bkn xda org yg brkenan kat aku n aku suka sape2...tp mungkin aku yg xberi ruang pd lelaki utk dekati aku...aku lbh selesa jd sekadar kawan tanpa ada bicara soal hati...aku takut utk brcinta. Takut dikecewakan. Pd aku, siapa yg brcinta tu mmg berani. Berani pertaruhkan hati sendiri. Aku blm cukup berani utk itu. Bila difikir2kan, kenapa perlu takut. Tu semua pengalaman yg bakal mematangkan fikiran. Takda apa yg luak pun kalau bercinta. Just aku open my heart utk terima lelaki dlm hidup aku, aku kenal Mr.S secara xsengaja...tu la yg terus terpaut tu. 1st impression aku, dia cute (mmg aku xnk yg ensem, just sejuk ati memandang dah cukup), orgnya out going (ramah, byk celoteh, penting tu coz aku rapat ngan family besar so dia blh bwa di diri la kan), ada sign of humor. Bila dah kenal dia, byk tentang dia yg aku suka. Pesonalitinya. Semangatnya. Dream nya. Kesungguhannya. Pandangannya/cara dia berfikir. Caring n luving nya. Responsible nya. Pokok pangkalnya yg baik2 tentang dia melebihi dr yg sebaliknya. n yg sebaliknya pun just a small matter sampaikan xnmpk pun. Kira wajarlah dterusan hubungan ini....
Sepanjang berkawan/berteman/berpacaran dgn dia, semua aku dah rasa, suka, xsuka, happi, seday...Mujur la dia bercouple dgn aku (yg xpernah ada xperience brcinta). Tak selalu jumpa. Bz memanjang. Kalau jumpa, pasti sbb ada urusan kerja. Mmg jarang la ada quality time bersama. Plan jumpa kat mana2 after work, makan ice cream sama2 pastu balik. Aku bawa food n jumpa kat mana2 makan sama2. Port yg biasa adlh Putrajaya. Kala xbuat mcm tu mmg blh kira ngan jari la bape kali kami keluar dating...tp sesekali tu la yg kami tunggu2...Dia penat kerja. Aku pun penat koje + stress tengok kerja yg xnampak ending nya lg. Dpt spend time together sekejap pun xpa.
Dlm tempoh hampir sethn kami kenal, aku dah jumpa family dia. Kenal gitu2 je. Selalu jg jumpa mak & adik dia. Mak dia rajin sembang so xdela kekok sgt bila jumpa. Aku je la yg kena rengan2 mulut...Family dia baik, aku dilayan dgn baik. Insyaallah aku blh sesuaikan diri dgn mereka.
Akhirnya, aku setuju utk parent dia dtg merisik lepas raya puasa2008...Serious aku happy sgt coz akhirnya aku dah jumpa Mr Right. Aku mmg trtunggu2 hari merisik tu. Permulaan yg bakal mengubah hidup ku selamanya..Dlm fikiran aku, apa rasanya bila kita dah dirisik? Apa la yg parent kami akan bincangkan? Berdebar sgt...Ada juga trlintas difikiran, betul ke dia pilihan yg tepat? Aku brhajat sgt2 utk buat umrah sebelum aku brkahwin. Coz itu adlh final decision aku, utk kawin ke tak. Moga lepas aku kembali dr mengerjakan umrah, Allah tetapkan hati aku. Dan Alhamdulillah aku akn menjadi tetamu Allah.
Sebelum aku berangkat ke Baitullah, kami sempat berbincang mengenai apa yg perlu dibincangkan oleh parent kami nnti. Mengenai mas kahwin, duit hantaran, bilangan hantaran dan tarikh hantar rombongan meminang (Hari Pertunangan). Dia selalu tanya aku berapa duit hantaran aku nnti? Serious aku x berani nk letak coz fikirkan kemampuan dia. Tp aku selalu bg hint kat dia yg aku nk RM10k. Aku just kata, semua tu trpulang pada dia (dlm fikiran aku trbayang RM10k). Aku cuma akn minta mas kahwin (aku x nak ikut negeri). Aku tanya dia macam mana dia punya budget utk kawin? (Pada aku, bila kita dah mula fikir utk kawin. Kita juga kena mula plan budget utk semua perihal kawin. So dah mula kena buat saving. Means b4 propose seseorg kena dah siap budgetnya) Aku trkejut bila dia kata, dia budget duit hantaran Rm5k je coz abang dia bg byk tu kat kakak ipar dia. n kalau RM10k tu trmasuk cincin tunang, cincin kawin n bakinya duit hantaran. Time tu aku confuse. Dia ni serious ke main2. Bukan ke sekarang ni Rm10k tu kira biasa. Dia tanya aku lagi, berapa aku nk dia bg duit hantaran? Terus aku kata RM10k. Berat mulut aku nk sebut RM10k tu, tp aku trpaksa. Pada aku x patut dia nk bg aku RM5k je. Aku bg dia peluang nk tentukan sendiri, tp dia mcm xpatut. Bg la amount yg lebih relevant. Rm5k tu zaman mak aku...Kalo dia sebut RM8k pn aku blh terima lg. Ni RM5k. Tak agak2 tul...Aku x nak bg muka dah. Dia mmg terkejut bila aku sebut RM10k tu. Lepas tu, dia terus sms aku "tolong list kan berapa hantaran yg aku nk?" Ayat tu dgr keras. Aku sedih sgt...Apa la yg dia fikir? Terbeban ke dgn RM10k tu? Pada aku dia mampu bg aku byk tu. Malah lebih dr tu pn dia mampu...Duit tu utk kegunaan kami jg...ermmmm malas aku nk fikir. Aku kata biar my parent yg finalise kan amount tu...
Azam aku utk Ramadhan kali ni utk kurang berhubung dan tidak bertemu dgn Mr.S. Kerana, aku xnak hati & fikiran aku teringat2 kan Mr.S. Aku perlukan ruang utk brfikir coz aku nk buat satu keputusan besar dalam hidup aku...Apa2 pun semua kembali pdNya...
Aku hanya brhubung melalui sms & YM...dah jd routien aku stp pg lps sahur on YM...xsabar nk jumpa dia. Online pun xpe...mmg rindu habis lah...hahahah...haiii mmg kena kuatkan iman. Lg nk menjauhkan diri lg terikat rasa hati ni. Nak je create alasan utk jumpa tp tahan....aku yg putuskan utk xbrjumpa, takkan aku yg goyah. Tak blh mcm ni...Dia pula bila aku cakap "bulan puasa ni kita xperlu jumpa langsung k." air muka dia dah nampak sedih. Tu yg aku bg jln lain utk lepaskan rindu masing2 via YM. Kita blh tengok muka each other live kan. Dgn YM lg buat kami dekat sbnarnya..ye la kalau dia ada di rumah sure on YM, so ibarat sentiasa bersama dalam semua xtviti la kan...dlm bln pose ni sebenarnya xla susah sgt utk xjumpa, pokok pangkalnya hati n iman aku...

Sunday, December 14, 2008

Itu la jodoh...

Mmmm this month aku namakan musim mengawan heheheh...Coz ramai kawan2 aku kawin this month...Bkn kawan2 je cousin pn ada...Almost every week la aku ada kenduri kawin..Asal ada cuti je sure ada kenduri...Syok lak aku p majlis org...la ni kena la rajin2 kan diri p kenduri org...Coz x lama lg turn aku lak..Heheh
serious ni aku nk engage 4 jan ni...Akhirnya aku dah nk engage dah...Suma org seronok...Aku? Sure la aku pn happy. Actually, mcm2 aku rasa. Happy. Sedih. Stress. mmm mcm la...Besa la dugaan2 kecil ni. Mmg kena byk brsabar. Lg dekat nk majlis, lg mcm2 yg timbul...Alhamdulillah bakal tunang aku nk mmg penyabar. Mcm2 aku dah buat dia tetap sabar. Aku x tau la sejauh mana dia blh sabar. Aku x nk duga kesabaran dia. Nnti kalo kena tinggal meraung aku kang.......
Aku nk cita mcm mana aku kenai bakal tunang aku ni...dah setahun aku kenai dia. Aku suka personaliti dia. Aku kenai dia pn x dirancang. Hahaha kelakar la...Ceritanya mcm ni, dia mai umah aku time raya 2007. Mcm mana dia blh mai? mmm mcm ni. Dia tu kawan kepada kawan aku. 27 October 2007, tu la date aku kenai dia. Hari tu aku buat jamuan raya alaa open house...di penghujung majlis dlm kul 10pm ke atas la, kawan aku ni mai la AD (umah aku). Dia jd antara tetamu2 akhir la. Time tu mmg dah letih la seharian melayan tetamu..makanan yg mulanya trhidang di bhgn luar rumah, dah beralih ke meja makan dah pn..kira dah nk tutup kedai la time tu...yg tinggal just family2 trdekat je..tgh dok layan kawan aku tu, tiba2 kawan dia (bakal tunag aku tu la) call kata nk jumpa. Mmg panjang umur tul la dia tu coz time tu kami tgh sembang pasal dia (nk kenen kan dia dgn seseorg hee)...time tu dia ada dekat je dgn rumah aku (taman sebelah). Dia baru balik dr jamuan raya rumah client dia...Kawan aku tu tanya la aku, blh dak dia nak ajak kawan dia dtg jumpa kat umah aku je...Aku x kan nk kata x blh kot...Dah tentu raya, mai je la beraya...So, dia dtg la rumah aku. Time tu la kami kenai. First time aku tengok dia, aku mmg x da feeling pape. Apa yg trdetik pasal dia just, dia ni insyaAllah blh masuk dgn our family. Cerita sebenarnya, aku nk kenai kan dia dgn 1 of my family member. So, focus aku mmg tu je la. Feeling2 mmg x dak. Kot la rasa brdebar ke, pn x dak gak...Bila dah nk balik tu, aku hantar suma tetamu aku sampai ke kereta. Dlm dok say gud bye, dia sempat lak nk bg bizz card dia kat aku, tp hahaa.....aku x amik. Aku siap kata "x pa la, saya x nk. Simpan je kad tu." hahahah...so kami mmg x tukar2 phone no. pn...Mlm tu jg aku cita ngan adik aku pasal dia n plan aku nk kenai kan dia dgn somebody tu...Tp plan aku tu x diluluskan. Tiba2 trlintas dlm fikiran aku, kalo dia dgn aku ok dak? Sejak dr tu aku asyik tringat kat dia...Teringat sungguh2 tau...Aku trfikir mcm mana la aku nk kenal dia lebih rapat. Phone no pn x da... Time tu aku mmg kutuk diri sendiri coz nape la x amik name card dia ari tu...nk tanya kat kawan aku tu? Malu la aku...Mcm trhegeh2 lak...aku mmg x nmpk jln lain melainkan doa...
Mmg apa shj yg berlaku kita kena kembali kepada Allah...Aku mengadu pada-Nya setiap kali lepas solat...Doa aku, "Ya Allah, aku telah suka pada hamba-Mu. Dia selalu bermain dalam ingatan aku Ya Allah. Aku x tau bagai mana utk menghubunginya. Utk minta dr teman2, aku malu Ya Allah. Ya Allah, andainya dia ni adlh yg terbaik utk ku. Utk agama ku. Utk keluarga ku. Di dunia mahu pn di akhirat. Kau gerakkan hatinya utk menghubungi aku. Kau berikanlah dia jalan utk menghubungi aku Ya Allah. Dan seandainya Ya Allah, dia adlh yg sebaliknya utk ku. Kau buangkanlah dia dr hati & fikiran ku. Jauhkanlah dia dr ku Ya Allah. Kau berikanlah aku ketenangan di dunia dan di akhirat Ya Allah. Amin..."
Aku baca doa tu setiap kali lps solat...Start hari ahad tu aku baca. Subuh, zuhor, asar, maghrib, isyak, apa shj solat, suma aku masukkan doa tu. Aku baca dgn sepenuh hati...n aku x cerita kat sapa2 pn apa yg aku buat. My best friend pn x tau. Dia just tau apa yg aku rasa ja...
Aku mmg superise abis...coz akhirnya pd Jumaat tu dlm kul 9pm dia call aku.......Ya Allah..Alhamdulillah ya Allah. Kau kabulkan doa ku...melompat aku lps dia call tu. Aku terus bg tau my best friend...Mmg happy gila time tu...Dia call time tu, terus ajak jumpa esoknya. Actually, ajak temankan dia p jamuan raya rumah kawan dia. Waaaa rasa bes sgt time tu. Yg peliknya aku terus kata "Ya sure..." terus setuju sehh...Aku bkn la mudah utk terima pelawaan lelaki. Kena lak org yg x kenal lg la mmg tak...Tp kali ni lain. Lain sgt aku coz aku terus setuju. Tu la namanya jodoh. Bila ingat2 balik mmg menarik...

Tuesday, December 9, 2008

Dear Me...

Yeah...blog ni like my diary. Aku x penah ada diary. Biasanya aku luahkan apa yg aku rasa dlm kertas ke tisu ke... n then aku simpan or buang je...
Now suma tu x perlu dah. Coz....aku dah ada this blog...